Friday, May 25, 2012

Cinta Multazam




Alhamdulillah. Terimakasih Ya Rabbi atas kelahiran novel islamik kedua ini.  Cinta Multazam selamat dilancarkan pada 6 petang, Sabtu 28 April 2012  sempena  Pesta Buku di PWTC. Pelbagai soalan ditanya dari kenalan rapat, saudara mara hingga ketika ditemubual di Ikim.fm bersama pengacara Syafik dan Tv Hijrah, bagaimana  tercetusnya inspirasi menulis novel sebegini. 
Kemelut cinta mencintai  sering melanda badai hati para muslim dan muslimah (pemuda dan pemudi). Ia suatu fenomena semulajadi sejak adanya Adam dan Hawa. Saya sendiri pernah melaluinya. Ketika belajar dan bekerja, saya ditakdirkan menerima kehadiran  beberapa pemuda beriman dalam hidup sehingga dirasakan sukar untuk memilih. Kedua-duanya  menepati kriteria yang dicari. Beriman, berpendidikan , caring dan menghormati ibu bapa (kerana mengenali ibu bapa dahulu) dan dari keluarga yang beriman dan baik-baik. Alhamdulillah berkat istikharah tujuh kali, saya pasti suami tersayang Azman Ahamad itulah jodoh saya dunia akhirat. Jadinya, saya terfikir perkara sebegini on going (tidak pernah berhenti).
 Maka lahirlah ilham mengarang watak Auni  Nuha yang menerima kehadiran Imad dan Nuruddin. Cuma saya tekankan agar hubungan antara Nuha dengan  Imad dan Nuruddin dalam  adab  yang dibenarkan Allah SWT iaitu melalui sms , Itupun mereka saling ingat mengingati agar tidak tersasar nawaitu mereka. Serta berjumpa dahulu ibu bapa Nuha yakni dalam konteks menambat hati ibu bapa Nuha. Saya kira kalau muslim dan muslimah mempraktikkan amalan ini iaitu  berambah mesra dengan ibu bapa muslimah pilihan hati , pasti tiada isu perkahwinan tidak diredhai ibu bapa lagi diberkati Allah SWT. 

Wahai muslim dan muslimah , sudikan membaca CINTA MULTAZAM kerana  KEISTIMEWAANNYA :

1. Menjadi INSPIRASI TERBAIK  memilih JODOH  terbaik menggunakan  pendekatan strategik yakni terus   ISTIKAHARAH  pada Allah SWT . Bagaimana Nuha mendapat petunjuk melalui  istikahrahnya di MULTAZAM, tempat berdoa yang mustajab , di hadapan pintu KAABAH di Mekah. Kalau tak berkemampuan pergi ke  Multazam,  berdoa  dan istikharah ketika waktu mustajab doa yakni pada malam 15 syaaban, malam Lailatul Qadar, malam Idil Fitri, malam Idul Adha dan paling mudah selepas solat subuh awal pagi dan solat asar sehabis azan.  

2. Menjadi INSPIRASI  TERHEBAT  ingin menjadi SUAMI SOLEH  dan ISTERI SOLEHAH yang saling cinta mencintai . Sepertimana  hebatnya CINTA SAIDITINA KHADIJAH RA PADA RASULULLAH SAW Sepanjang kehidupan mereka malah  CINTA RASULULLAH SAW semakin mekar walaupun selepas kewafatan Saiditina Khadijah RA . Dalam CINTA MULTAZAM bagaimana Nuha sanggup melepaskan jawatan di hospital Islam terkemuka kerana ingin menjadi isteri SOLEHAH dengan mengikut suaminya menetap di Mekah. Saya kira bukan mudah membuat keputusan sebegini namun, Nuha yakin dengan apa saja aturan Allah SWT.

3. Memberikan KEKUATAN  MINDA dan QALBU  dalam menghadapi apa sahaja kesulitan dan ujian walau sebesar manapun ujian itu kerana ALLAH MENGUJI kita demi untuk menghapuskan dosa dan menaikkann darjat ke maqam yang lebih tinggi.  Cuba kita amati, sepuluh tahun dahulu, kita pernah diuji dan kini kita dapat melepasi ujian itu dengan rasa lebih berkeyakinan dan tenang . Pastinya darjat kita semakin naik dekat di sisi Allah SWT. Begitu juga  dalam CINTA MULTAZAM, Nuha tetap diuji dengan peristiwa yang begitu tragis apabila dibenci mertua , dipisahkan anaknya sehingga dia  pengsan dalam kapalterbang. Namun berkat keimanan yang padu dan keyakinan bahawa bukan dia sahaja diuji sebegitu, ramai manusia dijui dengan pelbagai corak ujian, maka Nuha berjaya mengatasi kesedihan dengan tenang. Saya garapkan buku La Tahzan kerana buku tersebut amat berkesan menyejukkan jiwa lara.

4. Memberi ILHAM kepada  pasangan suami isteri agar mengamalkan pemakanan yang berkhasiat ketika mengandung dan banyakkan membaca AlQuran, membaca buku Perkembangan Menyeluruh Kanak-kanak. kerana sumber genius bayi datang dari amalan, pemakanan, keikhlasan hati dan ketaqwaan yang kuat pada Allah SWT ketika hamil. Dalam CINTA MULTAZAM, bagaimana Nuha memastikan pengambilan susu setiap hari disamping banyak membaca.

5.Menjadi INSPIRASI pada suami agar sentiasa memberikan sokongan moral pada isteri dari saat kelahiran , berpantang dan penjagaan bayi. Dalam CINTA MULTAZAM, bagaimana Nuha ditemani suami sehingga saat bersalin. Bagaimana suami Nuha membantu Nuha ketika berpantang iaitu dengan memakaikan pilis, menungku anggota badan Nuha yang sejuk dan menukar lampin bayi.  Saya kira betapa BAHAGIANYA wanita bergelar isteri dan ibu ditemani suami ketikan saat getir menyabung nyawa melahirkkan zuriat tercinta. Ini bukti CINTA yang begitu INDAH  antara Nuha dan suaminya. 

6. MENJADI PANDUAN agar pasangan suami isteri memastikan mereka kekal status sebagai anak soleh dan solehah pada ibu bapa mereka disamping keinginan memperolehi  anak soleh dan solehah dari zuriat mereka . Maka kata-kata hikmah daripada Ustazah Dato' bahiyah dan Ustaz Don ,saya selitkan di CINTA MULTAZAM.

SELAMAT  MEMBACA......MOGA CINTA MULTAZAM BENAR-BENAR CINTA ABADI HINGGA KE SYURGA ILAHI.... AMIN... AMIN...AMIN.